Mendaki - Apa manfaatnya?


Gunung Rinjani, Lombok Indonesia antara yang menjadi tumpuan penggemar aktiviti mendaki.
Apa itu mendaki atau hiking?

Mendaki adalah merupakan sejenis aktiviti lasak yang memerlukan peneraju aktiviti ini untuk berjalan, di atas binaan alam semulajadi, atau lebih tepat lagi mengikut aliran trail atau jalur pendakian.
Aktiviti ini sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun. Aktiviti mendaki dilakukan secara aktiviti luaran, namun ada juga dilakukan secara dalaman misalnya mendaki di dalam gua besar yang beruangan besar, curam, berbatu-batuan dan berstruktur tinggi. Mendaki cukup popular dan aktiviti ini juga kebiasaan memerlukan pendaki bermalam atau berkhemah. Ada juga pendakian yang tidak memerlukan pendaki bermalam. Bergantung pada kategori gunung, bentuk muka bumi dan keadaan cuaca.
Nilai kebaikan kesihatan dari aktiviti mendaki adalah berbagai bergantung kepada jenis dakian yang dijalankan, ada pendaki yang boleh menerima kesan positif ketika dan sesudah melakukan aktiviti dakian, namun ada juga mendapat kesan negatif.

Camp Site Gunung Rinjani, Indonesia

Bermanfaat ke?
Mendaki gunung sendiri pada dasarnya memiliki pelbagai manfaat. Tentu saja manfaat ini ada beberapa yang dapat dirasakan secara terus, dan ada pula manfaat lainnya yang tidak dapat terlihat langsung. Jadi apa manfaat mendaki gunung? Ini diantaranya, jom baca :

1. Meningkatkan kapasiti kerja jantung dan paru-paru
Mendaki gunung memiliki manfaat bagi kesihatan tubuh kita. Manfaat kesihatan dari mendaki gunung yang pertama adalah dapat meningkatkan kapasiti kerja dari jantung dan paru-paru. Dengan kata lain, mendaki gunung dapat memperkuat jantung dan paru-paru kita. Dengan meningkatnya kapasiti kerja dari organ tersebut, maka anda akan :
  • Kurangkan risiko serangan jantung dan stroke
  • Optimakan aliran oksigen dan peredaran darah
  • Terhindar dari pelbagai risiko penyakit
2. Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
Manfaat mendaki gunung juga sangat baik untuk menjaga dan meningkatkan stamina serta daya tahan tubuh anda. Dengan mendaki, maka anda pastinya memerlukan stamina dan daya tahan tubuh yang lebih, maka setiap kali anda melakukan pendakian, daya tahan tubuh dan stamina anda akan tetap terjaga, dan malahan semakin meningkat.
3. Menjaga kesihatan tubuh
Mendaki juga dapat menjaga kesihatan tubuh. Selain kerana kapasiti kerja jantung dan paru-paru yang meningkat, serta stamina dan daya tahan tubuh yang terjaga, mendaki gunung juga dapat menjaga kesehatan tubuh. Kerana udara yang anda hirup masih jauh dari udara kota yang tercemar. Fresh air beb.
4. Sebagai aktiviti senaman/sukan
Manfaat mendaki gunung bagi tubuh juga sebagai salah satu aktiviti senaman/sukan, terutama bagi mereka memang minat dengan alam kehijauan sambil beriadah. Aktiviti trail running salah contoh dan sedang popular masa kini.
Puncak Gunung Tok Nenek, Kelantan
5. Mendekatkan diri pada alam kehijauan
Kegiatan mendaki biasanya dikaitkan dengan mendaki gunung. Biasanya, gunung memiliki lingkungan dan ekosistem yang masih hijau dan indah. Sehingga bagi anda yang sedang mencari ketenangan dalam suasana alam, kegiatan mendaki sangatlah sesuai bagi anda. 
6. Memberikan pengalaman baru
Mendaki juga akan memberikan pengalaman baru bagi anda, baik itu pengalaman secara fizikal, maupun pengalaman secara spiritual. Saat mendaki gunung, mungkin anda akan bertemu banyak hal yang tidak terduga, yang pastinya akan menambah pengalaman anda. Nama pun pengalaman kan.

7. Menurunkan berat badan
Ya, tentu saja manfaat mendaki gunung bagi kesehatan dapat menjadi salah satu cara paling mudah untuk menurunkan berat badan. Hal ini disebabkan kalori yang terbakar ketika anda melakukan kegiatan pendakian sangatlah besar. Anda rasa gemuk? Jom sondol.
8. Menambah ilmu pengetahuan
Dengan mendaki, anda akan belajar mengenal alam, melalui tanda – tanda alam yang muncul, seperti arah angin, arah matahari, dan juga tanda – tanda lain seperti jejak binatang liar dan sebagainya. Dengan ini, maka ilmu pengetahuan yang anda miliki akan semakin bertambah dan dapat anda aplikasikan dalam kehidupan seharian anda.
9. Belajar hidup berdikari 
Puncak Gunung Bubu, Perak
Dengan mendaki, itu bererti kita hanya akan bergantung sepenuhnya bekalan, kelengkapan dan juga keadaan alam sekitar kita untuk bertahan hidup, terutama ketika mendaki gunung - gunung yang cukup ekstrem. Maka dari itu, manfaat mendaki gunung dapat mengajarkan kita untuk belajar hidup berdikari dan bertahan tanpa bantuan teknologi canggih mahupun restoran mamak. Hehehe 
10. Kepuasan sebagai hobi
Sesetengah orang menganggap mendaki merupakan hobi dan tujuan hidup. Jadi dengan mendaki berbagai gunung yang ada, hal ini mampu memuaskan "nafsu" dalam diri mereka akan hobi dan tujuan hidup. Dengan tercapainya kepuasan, maka kualiti hidup seseorang akan menjadi lebih baik.

Jadi apa manfaatnya mendaki ini? 
 Tepuk amai - amai, jom mendaki ramai - ramai
                                                                                Semoga entri ini juga bermanfaatlah hendaknya. 
                                                                                      #kakisondol






Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung